PAIN CHANGES PEOPLE, YOU KNOW NOTHING

Tuesday 9 August 2016

Raya 2k16

Morning august! *take a breath fuhhhhhh.. So, whats up guys? yaa sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku semakin jarang menulis. to be honest, menulis blog dah semakin membosankan. I'm prefer to share all my activities on instagram, but melalui gambar jelah haha :'D alright harini aku nak share sikit pengalaman berpuasa and raya 2016 aku. hahahaha ok ok aku tahu ramai yang dah move on dengan raya 2016 lol :p but sorry gais, sekadar berkongsi huhu. Puasa tahun ni alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tahun ni aku banyak puasa dengan family, ya sangat beruntung plus tak ada lah #puasadiperantauan atau #homesick agaga. family aku ni awal awal ramadhan wajib untuk kitorang berkumpul and iftar di luar. so memang every year akan buat benda tu lah. and tahun ni ada jugaklah ,eh banyak jugaklah iftar dekat luar sebab kebetulan ramai yang cuti and dah habis study pun. but bukan itu semua yang kita tunggu-tunggu for ramadhan kan, macam yang kita semua tahu, bulan ramadhan lah masa yang sesuai untuk kita dekatkan diri kepadaNya. bukannya food hunting semata-mata ok haha lagi-lagi kalau pergi bazar tu, kawal nafsu k kawal hahahaha. semoga berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan in shaa Allah. okay sampai lah hari yang ke-29 berpuasa, malam tu dalam pukul 11 malam aku and family gerak balik kampung untuk RAYA ! hahaha eh tipu lah tak excited tapi tak boleh nak happy sangat sebab orang tua-tua cakap kalau seronok sangat nanti nangis :'D haha

Alhamdulillah sampai je di kampung Lenggong, Perak aku terus angkat segala macam barang bawak naik atas, haaa rumah opah aku rumah atas bawah and atas still papan. so bila malam tidur atas boleh fefeeling macam tidur kat overseas sebab sejuk nak matey tapi kalau siang mashaa Allah panasnya takyah cakap la hahaha. so aku tengok ramai cousin, pakcik makcik aku yang dah tidur. maybe sebab penat masak macam-macam juadah untuk esok. esokkan raya! hahaha. yang still tak tidur time tu just maksu, cik dengan opah. oh ya, btw every year family aku akan balik awal that means 'hari masak' and berbuka untuk last day puasa di kampung. but tahun ni terpaksa balik lewat malam sebab along kerja balik pukul 5 petang and adik pula kerja balik pukul 10 malam. nak taknak kena lah tunggu diorang habis kerja sebab diorang tak boleh nak cuti awal. aku yang tak berapa nak letih ni pun terus tidur after dah kemas-kemas and bangun je pagi syawal tu terus dengar suara takbir :') alhamdulillah . after dah mandi bersiap semua macam biasalah pergi sembahyang raya. apa yang specialnya kat kampung aku ni is tradisi after solat raya je kitorang akan ikut rombongan surau beraya rumah ke rumah. and selalunya budak-budak la paling excited nak kutip duit raya ni. and guess what suasana kampung time raya lah paling feel and best gila serious. kitorang yang memasing dah besar ni (aku and cousin-cousin) pun akan pergi beraya rumah ke rumah and semua orang kampung sambut budak yang beraya kat rumah diorang dengan tangan yang terbuka hihi, seronok gila kot. kat bandar memang tak merasa lah kurkur :p juadah? nahhh macam-macam ok yang sedap! rasa nak nangis hahahhaha typically yang ada biasalah rendang, lemang but yang selalu aku tak sabar tiap kali nak serbu is bihun sup, bihun tomyam, laksa, lontong dan lain-lain. rumah opah tahun ni menu kitorang laksa and nasi himpit kuah kacang special je hihi. and laksa licin hahaha tahniah makcik sedara ku yang tersayang sebab masak sedap-sedap. yang tak syoknya ialah coverage, pun rasa nak nangis tho :') kadang no service, and kadang gprs, *sigh.. petang tu ikut along beraya rumah membe dia, area lenggong tu jugak and ada lah jugak coverage, sempat lah update ig and wechat itupun tak lama hahaha sedih betul. malam kitorang ramai-ramai pergi beraya rumah sedara mara and jiran tetangga opah. semua area-area situ je and ya seronok sangat rasanya. and last sesi main bunga api, mercun, mariam meriam dan lain-lain hahahah memandangkan rumah opah yang paling hujung and dekat dengan sungai, yess kitorang akan turun bawah tu untuk main mercun yang power-power haha.dahla gelap gila, memasing on flashlight phone, bawak pelita and torch light. fuhh memang the best moment ever.

Raya ketiga pagi sebelum solat jumaat kitorang gerak balik rumah, sebab abah nak solat jumaat kat ipoh. alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. before balik tu biasalah acara salam salaman dengan saudara mara and of course dapat duit raya! hahaha. berat jugak hati ni nak tinggal opah, opah dahla tinggal sorang je kat rumah tu. bila ajak duduk bandar hmm kejap boleh la. dia takkan nak punya stay lama-lama. and pernah juga tanya

AKU : Opah, tak takut ke duduk sorang-sorang. dahla rumah macam ni, hujung kampung pulak tu.
OPAH : nak takut apanya, opah dah biasa. setakat kena kacau tu dah lali dah angahh...
AKU : hm ok *malas nak tanya lebih-lebih hahahaha

Haa opah memang tak takut langsung weh tinggal sorang, even kitorang yang jarang balik ni pun takut nak duduk rumah tu kalau opah tak ada. sebab suasana dia ala ala cerita puaka niyang rapik tahu :'D hahaha. seriously opah memang berani, bela saka kot HAHAHA. ok lah, alhamdulillah kami sampai rumah dengan selamatnya. agak jammed tapi memang ayah redah je haha. alright guys, see ya utk post seterusnya! Assalamualaikum

Saturday 27 February 2016

yeah I'm back!

and ya hello everybody, I'm currently eating my 'mee sedap' while typing this hahahaha. So whats up guys? semua sihat? nahh setelah beberapa tahun tak menjenguk blog ni akhirnya terbuka juga pintu hati for mulakan menulis blog kembali. Almost 3 years rasanya and my last post ialah masa first daftar masuk uitm, 2013 time tu and now dah 2016 fuhhh how time flies. ya Aril yang dulu bukanlah yang sekarang :'D hahaha Im still remember when first day mendaftar di uitm. masuk masuk dah jadi perhatian, bukan nak bangga ke apa tapi sumpah rasa tak macam tak selesa mulanya. kakak and abang senior usha macam kita ni pelik agagga but hakikatnya diorang usha sebab aku yang paling kecik! HAHAHA. I'm still remember the first person yang tengok aku sambil senyum-senyum, abang meor and kak putry kot, kot laa because benda ni dah sangat lama hahaha maafkan hamba kerana throwback terlalu jauh kahkah.

Padahal kalau korang nak tahu, aku punyalah nerd time tu, nerd gila tho :') haha remaja berusia 18 pada tahun 2013 tak la macam sekarang. dulu mana ada sangat hipster-hipster ni semua hahaha. but time tu dah ramai la yang start pakai skinny jeans with vans shoes, convers and others cuma tak banyak hahaha. So korang bayangkan la. and aku rasa aku paling bodoh sebab pakai kad matrik / student card kehulu kehilir masa pendaftaran sebab takut dengan undang-undang uitm kononya and terlampau excited maybe hahahaha first time masuk uni kot, nahh siapa tak seronok :p padahal benda tu semua tak perlu sangat pun, kecuali time dah start mds and semua senior suruh pakai kan so memang kena pakai la. haha itu takpe lagi rasanya, yang kelakar bila ada beberapa student yang pergi terminal bus pun pakai kad pelajar, serious ah? hahahahaha ya aku mengaku jadi part 1 atau pelajar junior semester 1 di mana-mana ipta memang agak excited sebab aku pun dah rasa and kita taktahu sangat semua perkara. haha bila dah jadi senior kita tahu lah itu ini and bila ada junior buat macam tu kita gelak padahal kita dulu pun part 1 anjuing jugak *haha student uitm lendu je tahu kenapa part 1 dipanggil anjing ye gais. haha so di sini ada beberapa tips untuk adik-adik lepasan spm yang baru nak masuk ipta nanti

1. buat research sikit about tempat/ ipta yang korang dapat, membantu jugak sebenarnya untuk ready kan diri. macam aku dulu memang aku reseach habis sampai kisah seram uitm tu pun keluar kahkah.

2. hari mendaftar tu make sure pakai kemas-kemas and warna tu takpayah terang sangat pun okay kot huhu

3. aaa muka tu jangan lah sombong sangat, senyum k senyum haha, senior ramai memerhati. mana senior yang korang berkenan tu pun ha senyum lebih sikit haha k gurau.

4. korang lek lek and chill je k, jangan excited terlebih sangat and jangan cuak ke apa hahaha takda apa pun alah macam mendaftar sekolah jugak la hahaha.

5. make sure semua borang and salinan photostat ke apa semua cukup ok? kalau macam uitm xray yang besar gedabak tu tak payah bawak pun takpe hahahaha serious tak berguna pun

6. rajin-rajinkanla mulut menegur membe membe yang berlainan latar belakang and tah dari negeri mana tu baru la rasa enjoy sikit time orentasi haha yelah dapat geng baru! huhu

7.  jangan lupa people nearby. eh tak tak hahahaha maksud aku jangan lupa menonjolkan diri haha. macam aku dulu aku join last day mds, malam aspirasi seni ha. kena perform. aktifkan kan sikit diri tu, percayalah korang akan dikenali ramai nanti huhu

8. persiapkan diri time orentasi ni penting, jaga kesihatan and ready lah untuk melalui orentasi yang membosankan dan tak cukup tidur ya adik-adik haha tapi chill, tak sampai seminggu pun .sabar ked haha

9. dah masuk uni, ipta, ipts dll, ha korang dah kena banyak beli kari berdikari, biasalah tu. kalau student yang time asrama time sekolah dulu tahulah. but yang lain sikit, time sekolah kita debekalkan dengan segala macam buku, latihan, bahan rujukan oleh cikgu en? ha dah masuk uni mana ada semua tu. pandai-pandai la hidup hahaha

10. And last, berbuat baik lah dengan roommate dan classmate korang ya, paling penting classmate tu haha nak stay dengan diorang sampai last sem k .so kena pandai lah bawa diri. don't worry kalau kita baik, orang pun baik lah dengan kita. ha pasal rumet pulak, em taktahu la kan kalau dapat rumet perangai celaka hahahaha sebab aku pernah kena. stress nak mati tahu :'D dengan pengotornya haih sabau je lah

alright I'm done. next in shaaa Allah i will share about interview uitm untuk adik-adik yang apply course ber interview di uitm sahaja ya. k gais, chiaw haha
Assalamualaikum