PAIN CHANGES PEOPLE, YOU KNOW NOTHING

Monday 16 July 2012

experience !

Hye :)  Okay, Azril baru balik dari perkhemahan. Waaa, best gila. Pagi tu lepas daftar, Azril pun dapat kumpulan. Nama kumpulan Azril beta. Haha, kelakar je bunyinya. Lepas tu, kitorang semua kena simpan beg kat bilik salinan. Lepas dah simpan beg, Azril pun merayap jap sebab time tu kitorang ada buat hari kokurikulum, haha bosan sebenarnya kalau duk diam.. Hemm, nak masuk rumah hantu semua tu memang tak sempat la, lepas dah puas merayap sambil beli makanan semua tu, kitorang kena berkumpul. Btw, sebelum tu kitorang diajar cara pasang khemah.. kawad pun ada :P  hee. Lepas dah semua berkumpul, semua kena bergerak pergi bangunan area pejabat, blok ape entah.. rupanya kena buat absailling. Waaa, cuak jugak la tengok dia punya ketinggian. duduk punya duduk, cuaca panas gila. Azril pun ajak membe pergi cari air, haus :D haha.. tup-tup sampai la giliran Azril.. huht, seram gila bila pijak koridor tu.. tinggi woo . tapi best gila, first time naik benda tu. :)


tengok la . Haha, terbaik .. lepas je habis aktiviti tu, kitorang pun makan, solat asar n teruskan aktiviti selanjutnya.. Pengalaman tu yang penting :) malam pulak, ada nightwalk.. hemm, best jugak la . rasa macam orang buta.. sebab mata kena tutup dengan kain. sebelum nightwalk pulak ada aktiviti yang dihandle oleh cikgu kaunseling dari sekolah mana entah, err lupa lah, haishh. Cikgu tu kering gila tapi best. hee.. Esoknya, lepas breakfast ada senamrobik.. terbaiklah. tambah tambah bila lagu anak kampung, kpop semua keluar..kikiki. cikgu kat belakang pun bukan main lagi buat senamrobik..ecece kalah kitorang semua. haha, lelaki banyak yang taknak buat mula-mula, akhirnya buat jugak. best kot .. sekali sekala senamrobik, lepas senamrobik.. ada main paintball tapi malangnya Azril tak dapat join sebab kena balik.. ada hal yang tak dapat dielakkan :(  its okay lah .